Dikemas kini 29 September 2026
Dasar privasi
Peptida ialah jurnal peribadi untuk merekod cucukan peptide. Rekod kesihatan ialah data sensitif, jadi app ini dibina supaya data kekal dalam kawalan anda.
Data yang disimpan
Maklumat yang anda masukkan dalam app: nama peptide, dos, unit, masa cucuk, tempat cucuk, nota, maklumat vial dan jadual peringatan. Juga tetapan app seperti bahasa, tema dan kunci Face ID.
Tanpa akaun
Peptida boleh digunakan sepenuhnya tanpa akaun. Dalam keadaan ini, semua data disimpan dalam telefon anda sahaja dan tidak dihantar ke mana-mana pelayan. Tiada analitik, tiada iklan dan tiada penjejakan.
Face ID diproses oleh iOS. Peptida hanya menerima jawapan sama ada pengesahan berjaya atau tidak, dan tidak pernah melihat data wajah anda.
Akaun Peptida (pilihan)
Anda boleh mendaftar akaun melalui Sign in with Apple atau kod 6 digit yang dihantar ke email, supaya rekod tidak hilang apabila anda menukar atau kehilangan telefon. Jika anda mendaftar:
- Rekod disimpan di pelayan Peptida di Malaysia melalui sambungan yang disulitkan (HTTPS).
- Kami menyimpan alamat email anda (atau email relay Apple) untuk log masuk sahaja.
- Email kod log masuk dihantar melalui penyedia email kami, Resend. Kandungan rekod anda tidak dihantar kepada mereka.
- Data tidak dijual, tidak dikongsi untuk pemasaran dan tidak digunakan untuk iklan.
- Anda boleh memadam akaun dan semua data di pelayan terus dari Tetapan dalam app, pada bila-bila masa. Rekod dalam telefon anda tidak terjejas.
Hak anda
Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda berhak meminta akses, pembetulan atau pemadaman data anda. Dalam app, anda boleh mengeksport semua rekod ke CSV dari Tetapan, serta mengedit atau memadam mana-mana rekod. Memadam app akan memadam semua data yang disimpan dalam telefon.
Kanak-kanak
Peptida tidak ditujukan kepada pengguna bawah 18 tahun.
Hubungi kami
Sebarang pertanyaan tentang privasi: support@peptida.my